Pakej cuti Sabah lawat ke Kota Kinabalu, Pulau Manukan dan Kundasang tahun 2024 terkini. Anda boleh tempah pakej percutian Kundasang kami yang terdiri daripada 5 jenis pakej mengikut hari. Disini kami menawarkan pakej percutian sehari atau day trip Kundasang, 2 Hari 1 Malam Kundasang, 3 Hari 2 Malam Kundasang, 4 Hari 3 Malam Kundasang dan 5 Hari 4 Malam Kundasang-Kota Kinabalu-Pulau Manukan Sabah. Menariknya pakej kali ini kami menawarkan harga mampu milik, berpatutan dan pakej ground yang lengkap. Tidak perlu risau jika anda ada budget trip tersendiri kami boleh arrange mengikut budget anda.
PENGINAPAN DI KUNDASANG DAN KOTA KINABALU ?
Dalam pakej ini juga kami menyediakan pakej menginap Hotel atau Homestay di Kundasang dan Kota Kinabalu, anda boleh pilih nak stay dimana. Bagi pakej lengkap, kami menyediakan anda penginapan hotel bertaraf 3 bintang di Kundasang dan Kota Kinabalu. Hotel selesa lengkap dengan sajian sarapan pagi, serta ada pemandangan gunung Kinabalu untuk hotel di Kundasang. Jenis bilik yang kami sediakan adalah bilik berdua standard katil twins atau queen bertingkap dan tandas/ bilik mandi lengkap dengan tuala dan heater.
Bagi pakej homestay pula kami sediakan anda 2 jenis homestay sama ada rumah dengan 2/3/4 bilik serta memiliki dapur atau bilik cabin/studio untuk 2 orang dengan tandas sendiri. Pakej homestay sesuai untuk trip bersama keluarga, rakan dan pasangan. Homestay yang kami sediakan juga adalah selesa dengan pemandangan gunung Kinabalu di Kundasang dan ditengah bandar Kota Kinabalu.
TRANSPORT KENDERAAN YANG DIGUNAKAN DI KUNDASANG DAN KOTA KINABALU?
Transport untuk tour ini adalah private iaitu anda tidak berkongsi dengan group atau penumpang lain dalam satu kenderaan. Kami memiliki kenderaan Van (10-13 seat), Bas coster (18 seat), Bas (40-43 seat) & kereta Saga new atau Bezza (3-4 seat).
Bertuanya anda kali ini kami menyediakan bas 40-43 penumpang untuk rombongan yang besar dan ramai. Anda boleh duduk sekali dalam satu group. Bas boleh naik hingga ke Desa Dairy Farm dan Mesilau Kundasang- Ranau.
MAKANAN DI KUNDASANG DAN KOTA KINABALU ?
Sudah semestinya Halal dan lengkap dengan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam seafood. Kami sangat mengutamakan menu makanan Halal untuk pelanggan kami yang beragama Islam. Restoran dan sajian di hotel adalah Halal. Bagi pakej lengkap, sarapan pagi anda di hotel dengan hidangan secata buffet. Bagi makan tengahari kami akan membawa anda ke restoran berhampiran dengan hidangan set Lunch yang sudah tersedia 3 jenis lauk ayam, daging/ ikan, sayur, nasi, sup, minuman dan buah. Serta pack lunch bagi yang sertai trip ke pulau lengkap dengan 1 pek nasi, lauk ayam, sayur dan 1 air mineral kecil. Seterunya untuk makan malam pula kami akan sajikan anda makanan laut seafood fresh Sabah semasa di Kota Kinabalu!
Manakalah, kami juga sangat menyantuni pelanggan yang vegetarian atau nak menu Chinese food juga boleh. Kami akan membawa anda ke restoran yang menyajikan makanan vegeratian atau restoran chinese di Kundasang dan Kota Kinabalu.
CARA TEMPAH PAKEJ CUTI KUNDASANG ?
Anda boleh hubungi kami atau WhatsApp untuk menempah pakej cuti yang anda ingini . Jika anda sudah ada tarikh bercuti atau tiket flight boleh maklmkan kami untuk semakan availability bilik hotel/ homestay pada tarikh tersebut. Sebaiknya temaph awal untuk memastikan bilik masih ada dan tidak penuh.
Call: +6013-8586018
WhatsApp: https://borneofullforce.wasap.my/
Instagram: @borneofullforce
No comments:
Post a Comment